Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil
Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan, meskipun ada keperluan untuk meningkatkan hasil.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kedua-dua aspek itu penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara berterusan serta pendapatan rakyat terus meningkat.

Menurutnya pengukuhan ekonomi dan nilai ringgit ketika ini membantu mengurangkan tekanan subsidi, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal.

\”Yang paling penting ialah mengimbangi semua faktor ini kerana apa sahaja keputusan yang dibuat akan saling berkait — sasaran fiskal, inflasi, pertumbuhan dan terutamanya tekanan terhadap kos sara hidup.

\”Objektif utama adalah memastikan perbelanjaan awam kita lebih mampan,\” katanya kepada pemberita selepas selepas pelancaran Laporan Pemantau Ekonomi Malaysia ke-30 oleh Bank Dunia di sini hari ini.

Rafizi menambah langkah rasionalisasi perbelanjaan kerajaan sedang dilaksanakan secara berterusan dan sebarang pengumuman lanjut hanya akan diketahui semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini.

Related Articles

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...