Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 – Kementerian Kewangan
Perniagaan

Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 – Kementerian Kewangan

Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 – Kementerian Kewangan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 Februari – Kerajaan berjaya mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM91.4 bilion pada tahun 2023, lebih rendah berbanding 5.6 peratus atau RM99.5 bilion yang dicatat pada 2022, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini, paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.

“Dalam hal ini, kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal secara berperingkat bagi memastikan kemampanan kewangan jangka masa sederhana dan panjang,” kata MoF yang menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang ingin tahu perincian mengenai kedudukan terkini hutang kerajaan, pinjaman baharu serta kadar defisit fiskal sehingga kini.

Sementara itu, jumlah keseluruhan hutang kerajaan sehingga akhir Disember 2023, adalah sebanyak RM1.17 trilion atau 64.3 peratus daripada KDNK.

Pertumbuhan hutang pada tahun 2023 ialah sebanyak 8.6 peratus lebih rendah berbanding tahun 2022 yang telah mencatatkan 10.2 peratus.

Komposisi hutang kerajaan terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM1.14 trilion atau 97.5 peratus dan pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.8 bilion atau 2.5 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang kerajaan.

“Kedudukan pendedahan hutang dan liabiliti kerajaan pada akhir-Disember 2023 pula adalah sebanyak RM1.53 trilion atau 84 peratus daripada KDNK. Jumlah ini meliputi hutang kerajaan berjumlah RM1.17 trilion, komitmen jaminan berjumlah RM226.1 bilion dan liabiliti lain berjumlah RM133.7 bilion,” menurut MoF.

Dari segi had statutori pula, instrumen hutang yang terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) mencatatkan 62.1 peratus daripada KDNK, masih di bawah had statutori yang ditetapkan iaitu 65 peratus.

Manakala pinjaman luar pesisir pula berjumlah RM29.9 bilion dan Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) berjumlah RM5.5 bilion, kedua-duanya juga di bawah had statutori yang ditetapkan iaitu masing-masing RM35 bilion dan RM10 bilion.

“Kerajaan kekal komited untuk menurunkan paras hutang seperti sasaran yang telah ditetapkan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850) iaitu paras keseluruhan hutang di bawah 60 peratus daripada KDNK yang perlu dicapai dalam jangka masa sederhana,” menurut MoF. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...