Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Kenaikan SST tidak akan beri impak ketara kepada industri automotif
Perniagaan

Kenaikan SST tidak akan beri impak ketara kepada industri automotif

Kenaikan SST tidak akan beri impak ketara kepada industri automotif

Jeffri Salim Davidson

ARA DAMANSARA, 22 Februari- Kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka tidak memberi impak ketara kepada industri automotif negara.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, kenaikan itu mungkin menyebabkan harga jualan kereta lebih tinggi pada masa akan datang.

\”Secara teorinya ya. Tetapi harga kereta juga bergantung kepada persaingan. Sama ada naik dua peratus atau tidak dan ia juga bergantung kepada faktor lain.

\”Kita patut lihat pada keadaan. Bagaimanapun permintaan kereta di Malaysia masih tinggi,\” katanya pada taklimat keputusan kewangan Sime Darby bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2023.

Dalam perkembangan lain, Jeffri Salim menambah, proses pengambilalihan kepentingan dalam UMW Holdings dijangka selesai menjelang akhir Mac ini.

Sehingga akhir Januari lalu, Sime Darby memperoleh 98.86 peratus daripada jumlah saham UMW Holdings.

Konglomerat terkemuka itu bakal menjadi pemain utama automotif tempatan dengan pertambahan dua jenama iaitu Perodua dan Toyota.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...