Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kenaikan cukai perkhidmatan diharap tidak jejas kehidupan rakyat
Perniagaan

Kenaikan cukai perkhidmatan diharap tidak jejas kehidupan rakyat

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Kerajaan berharap kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari enam peratus ke lapan peratus tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat tetapi memberi semula manfaatnya kepada rakyat.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan, bagi tujuan itu, hasil yang diperoleh melalui kenaikan kadar cukai itu akan digunakan bagi tujuan pelaksanaan subsidi bersasar dan tidak bersasar.

\”Kita ada kumpulan T20, iaitu 20 peratus dalam kumpulan teratas daripada penduduk negara kita, mungkin yang kumpulan 10 peratus teratas itu tidak diberikan subsidi lagi.

\”Ini satu keputusan yang dibuat oleh kerajaan, tapi 90 peratus daripada rakyat masih lagi menikmati beberapa komponen subsidi,\”katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas menghadiri program Biz Malaysia di TV1.

Menurut beliau lagi, hasil yang diperoleh menerusi kenaikan kadar cukai itu disalur kepada rakyat menerusi beberapa inisiatif di bawah Inisiatif Payung Rahmah termasuk Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kadar cukai perkhidmatan akan dinaikkan kepada lapan peratus berbanding enam peratus ketika ini namuntidak melibatkan makanan, minuman dan telekomunikasi.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...