Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 – MoT
Perniagaan

Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 – MoT

Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 – MoT

Foto Fail/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Status kemajuan kerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan telah mencapai 79.81 peratus sehingga Mei 2024, kata Kementerian Pengangkutan (MoT).

Ini melibatkan struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama manakala kerja-kerja pembinaan bagi dua stesen di negeri itu juga telah dimulakan.

“Selain itu, kerja pemasangan landasan di negeri Kelantan dijangka bermula pada suku keempat 2024,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.

MoT menjawab pertanyaan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mengenai status kemajuan projek ECRL, khususnya bagi Kelantan selain pelan perancangan dalam memastikan impak positif projek memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat apabila mula beroperasi kelak.

Projek ECRL sepanjang 665 kilometer adalah projek infrastruktur rel yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Selangor di Pantai Barat Semenanjung.

Setakat Mei 2024, status kemajuan keseluruhan projek ini telah mencapai 67.09 peratus.

MoT berkata PLANMalaysia melalui Kajian Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (PeGTaECRL) yang dilaksanakan, pula bertujuan memastikan pembangunan guna tanah di sepanjang jajaran ECRL dan sekitar stesen, termasuk pembangunan pelaburan Projek Pemacu Ekonomi (EAP).

Pelan cadangan terperinci di dalam PeGTaECRL bagi Kelantan melibatkan dua stesen ECRL iaitu stesen Kota Bharu dan Pasir Puteh.

“Antara cadangan utama bagi Stesen ECRL di Kelantan adalah pembangunan Bandar Baru Tunjong yang merupakan perbandaran baharu untuk kawasan Ketereh manakala di Pasir Puteh merangkumi cadangan pembangunan hab logistik.

“Cadangan pelabuhan darat di Bandar Baru Tok Bali pula akan memperkukuh stesen Pasir Puteh sebagai hab kargo untuk Kelantan dan utara Terengganu,\” katanya. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...