Friday , 15 November 2024
Home Perniagaan Kejatuhan ringgit tidak cerminkan asas ekonomi negara- Gabenor BNM
Perniagaan

Kejatuhan ringgit tidak cerminkan asas ekonomi negara- Gabenor BNM

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat ketika ini adalah disebabkan faktor luaran dan tidak mencerminkan asas ekonomi negara.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata, dengan momentum pertumbuhan ekonomi negara , penurunan inflasi yang stabil, lebihan akaun semasa dan sistem perbankan yang kukuh, pergerakan ringgit semasa banyak dipengaruhi situasi global .

\”Hampir semua mata wang di dunia menyusut nilai berbanding dolar, terutamanya pasaran baru muncul, termasuk Malaysia. Tetapi Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah walaupun kita telah menyentuh tahap krisis kewangan Asia (AFC), kita tidak berada dalam krisis. Ia berbeza dengan apa yang kita alami dalam krisis kewangan lalu,\”katanya.

Menurutnya, Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga akan berkembang sebanyak 3.3 peratus berbanding 2.9 peratus pada suku sebelumnya.

Tambahnya, ekonomi Malaysia hari ini berdaya tahan, terutamanya dari segi asas ekonomi, keteguhan sektor kewangan dan hutang pasaran kewangan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Persidangan JC3 Journey to Zero 2023, di Kuala Lumpur.

Related Articles

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...