Home Perniagaan Kegiatan pengambilan untung dorong Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini
Perniagaan

Kegiatan pengambilan untung dorong Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini

Kegiatan pengambilan untung dorong Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului untung 178 berbalas 132, manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,778 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 1 Disember – Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah sedikit berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung walaupun Wall Street mempamerkan prestasi semalaman yang kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KCI (FBM KLCI) turun 2.24 mata kepada 1,450.50 daripada penutupan Khamis 1,452.74. Indeks penanda aras utama dibuka 0.74 mata lebih rendah pada 1,452.0.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului untung 178 berbalas 132, manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,778 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 177.45 juta unit bernilai RM80.73 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street mengakhiri bulan semasa dengan prestasi yang kukuh, menyaksikan tiga daripada indeks penanda aras memperoleh lebih daripada 8.0 peratus dengan data inflasi yang lebih baik serta dan indeks perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS yang dalam jangkaan.

Indeks harga PCE pada Oktober 2023, tidak termasuk harga makanan dan tenaga, meningkat 0.2 peratus untuk bulan kajian dan 3.5 peratus pada asas tahun ke tahun.

“Kami turut menjangkakan sektor teknologi diniagakan lebih tinggi untuk sesi hari ini, mengambil petunjuk daripada pengukuhan prestasi Wall Street,” katanya.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM9.02, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing menambah tiga sen untuk mencatatkan harga RM4.30 dan RM5.86, manakala CIMB menokok tujuh sen kepada RM5.72.

Tenaga Nasional pula susut enam sen menjadi RM9.93 dan Petronas Chemicals lemah 14 sen kepada RM7.08.

Bagi kebanyakan saham aktif, Zen Tech, Meta Bright dan KNM masing-masing tidak berubah pada harga dua sen, 21 sen dan 9.5 sen manakala DNeX turun setengah sen kepada 39.5 sen dan ARB lemah satu sen kepada 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 19.74 mata untuk mencatatkan paras 10,707.66, Indeks FBMT 100 susut 19.56 mata menjadi 10,376.99 manakala Indeks FBM Emas Syariah kerugian 74.02 mata kepada 10,855.34.

Indeks FBM 70 menyusut 41.89 mata menjadi 14,130.00 manakala Indeks FBM ACE memperoleh 25.58 mata kepada 5,091.03.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 96.35 mata kepada 16,318.31 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.93 mata menjadi 171.34, Indeks Tenaga susut 3.57 mata kepada 825.53 dan Indeks Perladangan lemah 47.92 mata pada 6,993.49.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...