Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan KDNK suku kedua negara selesa, kadar pertumbuhan 5.9 peratus – PM
Perniagaan

KDNK suku kedua negara selesa, kadar pertumbuhan 5.9 peratus – PM

KDNK suku kedua negara selesa, kadar pertumbuhan 5.9 peratus – PM

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024 melebihi jangkaan dan ekonomi berprestasi terbaik di ASEAN dalam tempoh tersebut / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024 melebihi jangkaan dan ekonomi berprestasi terbaik di ASEAN dalam tempoh tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peningkatan ketara itu dibina atas permulaan kukuh yang telah dilakukan kerajaan ada pada awal tahun.

\”Angka tersebut turut mencerminkan keputusan yang dilakukan kerajaan dalam melakukan pembaharuan dan transformasi ekonomi. Ini termasuk tindakan memerangi rasuah, penyasaran semula subsidi dan mengejar pelaburan bernilai tinggi,\” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Tambah Anwar, dunia juga semakin mengambil perhatian bahawa Malaysia adalah destinasi pilihan untuk pelaburan global.

Ini termasuk pelaburan RM25 bilion daripada syarikat semikonduktor Jerman, Infineon, merangkumi kilang baharu untuk pengeluaran semikonduktor bernilai tinggi.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...