Tuesday , 24 December 2024
Home Perniagaan KDNK nominal Malaysia 2023 berjumlah RM1.8 trilion
Perniagaan

KDNK nominal Malaysia 2023 berjumlah RM1.8 trilion

KDNK nominal Malaysia 2023 berjumlah RM1.8 trilion

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal negara bagi 2023 berjumlah RM1.8 trilion / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal negara bagi 2023 berjumlah RM1.8 trilion.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu meningkat kepada 1.6 peratus daripada 15.9 peratus pada 2022.

Beliau berkata, walaupun prestasi menyederhana, ekonomi kekal berdaya tahan terutama melalui perbelanjaan penggunaan akhir swasta yang meningkat sebanyak 6.7 peratus.

\”Pertumbuhan itu didorong oleh penambahbaikan sedia ada dalam pekerjaan dan upah melalui pelaksanaan gaji minimum baharu sebanyak RM1,500 bermula Mei 2023,” katanya menerusi kenyataan media KDNK Kaedah Pendapatan 2023, hari ini.

Menerusinya, Mohd Uzir berkata pertumbuhan kukuh 4.2 peratus manakala lebihan kendalian kasar turun 1.8 peratus.

Prestasi agihan pendapatan itu menunjukkan peralihan ke arah sumbangan pampasan pekerja lebih baik iaitu 33.1 peratus berbanding 32.3 peratus pada 2022.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...