Home Perniagaan Kadar pengangguran turun, prestasi tenaga buruh tunjuk peningkatan
Perniagaan

Kadar pengangguran turun, prestasi tenaga buruh tunjuk peningkatan

Kadar pengangguran turun, prestasi tenaga buruh tunjuk peningkatan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Januari– Kadar pengangguran negara turun kepada 3.3 peratus pada November lalu, kembali ke paras prapandemik.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menerusi kenyataan berkata, prestasi tenaga buruh menunjukkan peningkatan, menandakan pertumbuhan positif ekonomi semasa.

Bilangan tenaga buruh terus mencatat peningkatan, naik 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17 juta orang.

Kadar penyertaan tenaga buruh bagi November 2023 pula kekal pada 70.1 peratus, seperti bulan sebelumnya.

Sementara itu, bilangan penganggur berkurangan sebanyak 0.3 peratus kepada 569,200 orang.

Mengikut sektor ekonomi, hampir semua sektor mencatatkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja, kecuali sektor pertanian.

Bagi 11 bulan pertama 2023, pasaran buruh negara menunjukkan momentum pertumbuhan yang stabil, disebalik beberapa cabaran termasuk bencana banjir.

Musim cuti akan datang dijangka akan terus merancakkan ekonomi, terutama dalam aktiviti pelancongan.

Justeru, landskap pasaran buruh negara dijangka kekal kukuh dalam beberapa bulan akan datang, sejajar prestasi ekonomi negara yang semakin meningkat.

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...