Tuesday , 24 December 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 1 November-Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM43.84 bilion dan RM20.63 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat mengadakan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari, serta dua tender repo berbalik melibatkan tender RM1.5 bilion (30 hari) dan RM500 juta (93 hari).

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM44.3 bilion dan tender semalaman murabahah sebanyak RM20.6 bilion. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...