Home Perniagaan Kadar jangka pendek diunjur stabil dengan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek diunjur stabil dengan operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjur stabil dengan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Januari-Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Rabu, disokong olehoperasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyakRM30.61 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM33.93 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional merangkumi tenderRM800 juta bagi tempoh tujuh hari dan tender RM500 juta selama 14 hari serta dua tender repo berbalik RM1 bilion masing-masing bagi tempoh 34 hari dan91 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.3 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM33.9 bilion.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...