Home Perniagaan Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM25.60 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.52 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 92 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM700 juta untuk 30 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.1 bilion dan RM21.2 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...