Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Februari – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional naik sehingga RM30.04 bilion berbanding RM27.66 bilion yang disaksikan pada sebelah pagi, manakala kecairan dalam kewangan Islam susut kepada RM23.34 bilion daripada RM25.64 bilion.

Sebelum itu, BNM melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional, satu tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan komoditi bercagar Murabahah untuk tempoh satu dan tiga bulan.

BNM telah menyemak semula tender konvensional semalaman RM30.0 bilion kepada RM28.7 bilion.

Pada 4 petang, ia menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.0 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM23.30 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus setakat 16 Februari.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...