Friday , 27 December 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 November – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM35.18 bilion daripada RM41.51 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dana Islam turun kepada RM30.52 bilion daripada RM31.15 bilion.

Terdahulu, BNM telah melaksanakan masing-masing dua tender pasaran wang konvensional, tender repo berbalik dan dua tender qard.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM35.2 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM30.0 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 29 November 2023. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...