Home Perniagaan Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, berikutan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, berikutan operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, berikutan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 Mei– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM29.14 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.18 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1 bilion untuk 92 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM800 juta untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.6 bilion dan RM20 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...