Saturday , 28 December 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM43.67 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM15.99 bilion.

Hari ini, bank pusat akan melaksanakan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 94 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM46.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM16.0 bilion. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...