Home Perniagaan Kadar jangka pendek antara bank kekal stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek antara bank kekal stabil susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek antara bank kekal stabil susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 November-Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Sepanjang minggu yang baru berakhir, bank pusat itu melaksanakan operasi setiap hari untuk mengurangkan lebihan kecairan daripada sistem kewangan dengan menjalankan pasaran wang konvensional, repo berbalik, Qard serta tender repo berbalik Islam.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini menurun kepada RM37.93 bilion daripada RM41.31 bilion yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai meningkat kepada RM28.11 bilion daripada RM19.80 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 23 Nov. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Kaedah khusus bantu belia jamin peluang kerjaya

Khairul Muzammil pada sesi temu bual program Selamat Pagi MalaysiaKUALA LUMPUR, 13...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...