Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek antara bank ditutup kukuh susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek antara bank ditutup kukuh susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek antara bank ditutup kukuh susulan operasi BNM

Bank pusat itu melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Bil Antara Bank Islam BNM (BNIBI) / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 Disember – Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kecairan dalam sistem konvensional susut kepada RM40.92 bilion berbanding RM41.44 bilion yang disaksikan pada pagi tadi, manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM27.37 bilion daripada RM31.40 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat itu melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Bil Antara Bank Islam BNM (BNIBI).

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual serta beli balik dan kemudahan komoditi bercagar Murabahah untuk tenor satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menjalankan tender pasaran wang konvensional RM40.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM27 .40 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 19 Disember.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...