Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan Kadar inflasi mereda, tidak bebankan masyarakat – Pakar
Perniagaan

Kadar inflasi mereda, tidak bebankan masyarakat – Pakar

Kadar inflasi mereda, tidak bebankan masyarakat – Pakar

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Ida Yasin

KUALA LUMPUR, 23 Disember– Kadar inflasi di Malaysia yang mereda kepada 1.5 peratus dilihat tidak memberi impak negatif terhadap pengguna dan tidak membebankan orang ramai.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Ida Yasin berpendapat, dengan peningkatan inflasi pada kadar perlahan, harga barang dan perkhidmatan tidak naik secara mendadak, sekali gus tidak menurunkan kuasa beli rakyat.

Walaupun berlaku sedikit peningkatan, inflasi Malaysia lebih rendah berbanding Filipina, Vietnam, Republik Korea dan Indonesia.

\”Jika kita bandingkan inflasi sejak Januari lalu, Januari, Februari, Mac, April ini, kita dapati inflasi semakin menurun ke arah 3% iaitu 3.8%-3.7%. Ia semakin menurun. Harga meningkat tapi kadar yang lebih rendah,\” jelas Dr. Ida Yasin.

Semalam, (22 Disember 2023), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan inflasi Malaysia terus merekodkanpeningkatan pada kadar perlahan, 1.5% bagi November 2023 dan peningkatan inflasi itu telah didorong kenaikan perlahan restoran dan hotel, makanan dan minuman bukan alkohol dan kesihatan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...