Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil minggu depan
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil minggu depan

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil minggu depan

BNM

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, Qard dan Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini meningkat kepada RM34.54 bilion daripada RM33.84 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai menurun kepada RM19.03 bilion daripada RM23.04 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus setakat 29 Februari. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...