Monday , 11 November 2024
Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Disember– Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM25.11 bilion dan RM29.50 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM500 juta dan satu tender Qard bernilai RM500 juta, kedua-duanya untuk jangka masa tujuh hari.

Ia juga akan mengendalikan dua tender repo berbalik RM1 bilion, masing-masing bertempoh 31 dan 91 hari.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM26.6 bilion dan tender semalaman Murabahah berjumlah RM29.0 bilion.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...