Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek diunjurkan kekal stabil minggu depan
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek diunjurkan kekal stabil minggu depan

Kadar antara bank jangka pendek diunjurkan kekal stabil minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Kadar antara bank jangka pendek diunjurkan kekal stabil minggu depan dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat menjalankan operasi harian untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.

Mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini meningkat kepada RM29.13 bilion daripada RM28.83 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam pula, mudah tunai menokok kepada RM23.41 bilion daripada RM18.51 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 23 Mei. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Kontrak niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...