Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek diunjur stabil
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek diunjur stabil

Kadar antara bank jangka pendek diunjur stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 3 November – Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil pada Jumaat, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM40.96 bilion dan RM27.97 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat itu akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional yang merangkumi tender RM1 bilion selama tujuh hari dan RM500 juta selama 14 hari, tender Qard RM300 juta bagi tempoh tujuh hari serta tender repo berbalik RM500 juta selama 94 hari.

BNM akan mengeluarkan Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI) bernilai RM2.5 bilion selama 30 hari pada 7 November, 2023.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM40.0 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM27.7 bilion. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...