Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini

BNM

KUALA LUMPUR, 10 November- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM43.78 bilion dan RM24.02 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional hari ini yang terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bagi jangka masa 14 hari.

BNM juga akan mengendalikan tender Qard sebanyak RM300 juta masing-masing bertempoh tujuh dan 14 hari serta dua tender repo berbalik iaitu tender RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender RM500 juta selama 95 hari.

Selain itu, bank pusat akan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, ia akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM44.3 bilion dan tender semalaman murabahah sebanyak RM23.4 bilion. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...