Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil dengan operasi BNM
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil dengan operasi BNM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil pada Jumaat, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan berjumlah RM40.58 bilion manakala dana Islam RM18.26 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan melaksanakan tender Qard bernilai RM900 juta selama tujuh hari serta dua tender repo berbalik iaitu masing-masing tender RM1.5 bilion selama 31 hari dan tender RM500 juta selama 94 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.4 bilion dan RM17.4 bilion bagi tender semalaman Murabahah.- Livevartha


(FOTO HIASAN)

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...