Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

BNM

KUALA LUMPUR, 11 November- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Pada minggu dagangan yang baru berakhir, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan pasaran wang konvensional, repo berbalik, qard, serta tender Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI).

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu itu menurun kepada RM41.11 bilion daripada RM44.03 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai meningkat kepada RM22.54 bilion daripada RM22.13 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus setakat 9 November. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...