Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi oleh BNM
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi oleh BNM

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi oleh BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Disember– Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan menjadi RM26.68 bilion daripada RM28.66 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM31.18 bilion daripada RM28.58 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat itu mengendalikan tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard, dua tender repo berbalik, serta Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB).

Selain itu, ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM26.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM31.20 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah pada 3.00 peratus setakat 11 Disember.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Kaedah khusus bantu belia jamin peluang kerjaya

Khairul Muzammil pada sesi temu bual program Selamat Pagi MalaysiaKUALA LUMPUR, 13...

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...