Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek dijangka stabil minggu depan susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek dijangka stabil minggu depan susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Mei– Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sepanjang minggu ini, BNM melaksanakan operasi setiap hari bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan melakukan repo berbalik, Bil Antara Bank BNM, repo berbalik Islam dan tender Bil Antara Bank Islam BNM (BNIBI).

Lebihan kecairan dalam sistem konvensional minggu ini meningkat kepada RM31.44 bilion daripada RM29.70 bilion yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai menokok kepada RM18.62 bilion daripada RM16.88 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 9 Mei. -Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...