Monday , 18 November 2024
Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek dijangka stabil minggu depan
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek dijangka stabil minggu depan

Kadar antara bank jangka pendek dijangka stabil minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 April – Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat itu melakukan operasi harian bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, qard dan Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini meningkat kepada RM26.54 bilion daripada RM24.04 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai turun kepada RM20.53 bilion daripada RM21.74 bilion minggu lepas.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 4 April. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...