Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi BNM
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Julai– Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari bagi mengurangkan lebihan tunai daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional pada minggu ini menyusut kepada RM39.08 bilion daripada RM40.73 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai merosot kepada RM20.80 bilion berbanding RM22.69 bilion sebelum itu.

Setakat 4 Julai, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...