Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Julai– Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu ini, bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender repo terbalik Islam.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini berkurangan kepada RM35.30 bilion daripada RM41.04 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai menyusut kepada RM21.40 bilion daripada RM23.14 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 25 Julai.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...