Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Jumlah jualan kenderaan bermotor disemak semula kepada 765,000 – MAA
Perniagaan

Jumlah jualan kenderaan bermotor disemak semula kepada 765,000 – MAA

Jumlah jualan kenderaan bermotor disemak semula kepada 765,000 – MAA

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Julai– Jumlah jualan kenderaan bermotor tahun ini disemak semula kepada 765,000 unit berbanding anggaran terdahulu, 740,000 unit.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain berkata unjuran lebih tinggi itu didorong daya tahan ekonomi domestik serta pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Selain itu, tunggakan tempahan kenderaan yang kukuh dan pelancaran pelbagai model baharu turut menyumbang kepada semakan semula itu.

Berdasarkan jumlah volum industri (TIV) terkini, kenderaan penumpang dijangka menyumbang sebanyak 696,150 unit manakala 68,850 unit daripada kenderaan komersial.

Sementara itu, MAA akan menganjurkan Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 edisi ke-10, di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur.

250,000 pengunjung disasar hadir ke acara yang berlangsung dari 5 hingga 11 Disember.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...