Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Jualan kenderaan di Malaysia meningkat 13%
Perniagaan

Jualan kenderaan di Malaysia meningkat 13%

 

KUALA LUMPUR, 16 September- Jualan kenderaan dalam negara meningkat kepada 71,745 unit bagi Ogos 2023 lalu, naik 13% berbanding bulan sebelumnya.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memaklumkan, jualan bagi bulan itu juga 6% lebih tinggi daripada Ogos 2022, didorong pemulihan dalam rantaian bekalan automotif.

Pertumbuhan jualan turut dipacu kempen sempena hari kebangsaan.

Jualan kenderaan penumpang meningkat kepada 64,633 unit pada Ogos 2023 berbanding 60,725 unit pada Ogos 2022.

Manakala, jualan kenderaan komersial pada bulan yang sama meningkat kepada 7,112 unit daripada 6,884 unit sebelum itu.

Dari segi pengeluaran, 67,912 unit kenderaan direkodkan, susut berbanding 69,378 unit pada Ogos 2022.

Mengenai unjuran September 2023, MAA menjangkakan prestasi jualan kekal seperti dipamerkan pada bulan lalu.


(FOTO HIASAN)

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...