Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
Perniagaan

Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas

Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Jualan asing di Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan, susut 24.4 peratus kepada RM313.8 juta nilai bersih ekuiti minggu lepas, berbanding minggu sebelumnya.

Menurut MIDF Research, pelabur asing merupakan penjual bersih bagi tempoh dagangan tiga hari pertama, sebelum bertukar menjadi pembeli bersih pada Khamis dan Jumaat.

Ia didorong sentimen yang bertambah baik selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat menyatakan pendiriannya mengenai pengurangan kadar faedah.

Tiga sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi adalah hartanah, tenaga dan pembinaan.

Manakala perkhidmatan kewangan, produk dan perkhidmatan pengguna serta utiliti merupakan sektor yang mencatat aliran keluar asing bersih tertinggi.

Sementara itu, institusi tempatan kekal pembeli bersih untuk minggu keempat berturut-turut dengan nilai ekuiti RM442.7 juta.

Peruncit tempatan pula kekal sebagai penjual bersih untuk 12 hari dagangan berjumlah RM128.8 juta minggu lepas.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...