Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Jepun bekerjasama dengan Filipina, Amerika Syarikat lindungi Laut China Selatan
Perniagaan

Jepun bekerjasama dengan Filipina, Amerika Syarikat lindungi Laut China Selatan

Jepun bekerjasama dengan Filipina, Amerika Syarikat lindungi Laut China Selatan

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida / Foto Reuters

MANILA, 4 November – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada Jumaat negaranya, Filipina dan Amerika Syarikat bekerjasama untuk melindungi kebebasan Laut China Selatan.

“Di Laut China Selatan, kerjasama tiga hala untuk melindungi kebebasan laut sedang dijalankan,” kata Kishida menerusi ucapan dalam lawatan rasminya ke negara itu.

Kishida bertemu Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr pada Jumaat di mana kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memulakan rundingan mengenai perjanjian akses timbal balik ketenteraan untuk mengukuhkan kerjasama.

Kedua-dua negara, Filipina dan Jepun yang merupakan sekutu Asia terdekat Amerika Syarikat telah mengambil pendekatan tegas terhadap apa yang mereka lihat sebagai tingkah laku agresif oleh kapal-kapal China di tengah-tengah pertikaian berdekad-dekad mengenai kedaulatan maritim.

Bulan lalu, China dan Filipina bertukar dakwaan berhubung perlanggaran di perairan Laut China Selatan yang dipertikaikan ketika kapal China menyekat bot Filipina yang membekalkan pasukan di sana.

China menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan, termasuk bahagian zon ekonomi eksklusif Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Namun, Mahkamah Tetap Timbang Tara pada 2016 berkata tuntutan China itu tidak mempunyai asas undang-undang.

Jepun tidak mempunyai sebarang tuntutan ke atas Laut China Selatan, tetapi mempunyai pertikaian maritim berasingan dengan China di Laut China Timur.-REUTERS

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...