Monday , 23 September 2024
Home Perniagaan Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 – Fahmi
Perniagaan

Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 – Fahmi

Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Orang ramai diingatkan tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti berhubung data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit mencecah RM4.98 seperti yang dipaparkan oleh Google.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi hantaran di laman Facebook rasmi berkata, kadar terkini ringgit berbanding US$1 ialah RM4.70.

\”Tak pasti, jangan kongsi! Maklumat yang dipaparkan malam tadi tidak tepat. Hakikatnya kadar terkini Ringgit berbanding US$1 adalah RM4.70,\” katanya.

Hari ini Bank Negara Malaysia (BNM) dengan tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit yang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran US$/MYR yang salah diterbitkan oleh Google semalam.

Menurut BNM, maklumat itu adalah tidak tepat dan tidak mencerminkan dagangan sebenar.

Bank pusat itu menjelaskan bahawa pada 15 Mac 2024, kadar pertukaran US$/MYR berada di paras 4.7015 pada 9.00 pagi dan 4.7045 pada 5.00 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi Ringgit seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...