Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Inisiatif i-MULA 50, tingkat perlindungan insuran rakyat
Perniagaan

Inisiatif i-MULA 50, tingkat perlindungan insuran rakyat

Inisiatif i-MULA 50, tingkat perlindungan insuran rakyat

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid (empat, kanan) bergambar bersama sebahagian syarikat insurans hayat yang mengambil bahagian dalam Dana Pakej Insurans Permulaan (SPIF) / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melancarkan inisiatif i-MULA 50 bagi meningkatkan perlindungan insurans rakyat di negara ini.

Melalui inisiatif tersebut, sebanyak 11 syarikat insurans hayat akan menyediakan pelan perlindungan mampu milik dengan subsidi RM50 untuk setiap polisi, yang diberikan secara sekali bayar.

Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O\’Dell berkata subsidi itu diberikan kepada pembeli pertama kali menggunakan peruntukan Dana Pakej Insurans Permulaan (SPIF) berjumlah RM5 juta.

\”Pelan ini menyasarkan kumpulan generasi muda yang baharu membina kehidupan dan mereka yang berpendapatan rendah. Setelah menjalankan penyelidikan, pihak kami berpandangan harga yang ditawar bersesuaian untuk mereka.

\”Sekiranya mencapai sasaran 100,000 orang, kami akan menambah lagi pada masa akan datang bagi memberi lebih banyak kesedaran kepada orang ramai tentang insurans,\” katanya.

Bercakap selepas pelancaran Dana Pakej Insurans Permulaan (SPIF), O\’Dell berkata inisiatif bertujuan untuk mengukuhkan komitmen peserta industri terhadap pembangunan industri insurans hayat yang dinamik serta menyokong usaha perlindungan sosial kerajaan.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Gabenor Bank Negara (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

Pelindungan insurans di bawah i-MULA 50 merangkumi manfaat kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal, penyakit kritikal, perbelanjaan perubatan, serta pendapatan hospital.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...