Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Infroma Markets Malaysia sasar lebih 20,000 kunjungi MIFF 2024
Perniagaan

Infroma Markets Malaysia sasar lebih 20,000 kunjungi MIFF 2024

Infroma Markets Malaysia sasar lebih 20,000 kunjungi MIFF 2024

MIFF akan berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 2024

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Lebih 20,000 pengunjung daripada 140 negara dijangka hadir ke Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2024.

Pameran yang bermula pada 1 hingga 4 Mac itu akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC) serta Pusat Perdagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Penganjur MIFF 2024, Informa Markets Malaysia memaklumkan pameran perabot yang terbesar di Asia Tenggara itu diadakan membabitkan 17 dewan seluas 100,000 meter persegi untuk menempatkan peserta pameran dari pelbagai negara.

Antara negara yang mengambil bahagian termasuk China, Hong Kong, Jepun, Indonesia, Singapura, Turkiye dan Amerika Syarikat.

Tahun ini, aplikasi MIFF Furniverse turut diperkenal bagi melihat produk, reka bentuk dan trend terkini di hujung jari.

Sejak 1995, MIFF telah mencapai jualan terkumpul sebanyak RM87. 83 bilion.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...