Home Perniagaan Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada Februari 2024
Perniagaan

Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada Februari 2024

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus Februari lepas dengan mata indeks naik 132.1 berbanding 129.8 bulan sama tahun sebelumnya.

Peningkatan didorong kenaikan kumpulan Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain; Rekreasi, Sukan dan Kebudayaan serta Pengangkutan.

Manakala, kumpulan utama lain merekodkan peningkatan lebih perlahan termasuk Restoran dan Perkhidmatan Penginapan, Kesihatan, Makanan dan Minuman selain Pendidikan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan 2.7 peratus bagi Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain disumbangkan subkumpulan utama Bekalan air dan pelbagai perkhidmatan berkaitan rumah kediaman.

Ini berikutan pelaksanaan pelarasan tarif air mengikut Mekanisme Penetapan Tarif bagi kategori pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa 1 Februari lalu.

Tambahnya, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional kecuali Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Perlis dan Sarawak.

Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat dan Indonesia.

Namun, lebih tinggi berbanding China dan Thailand.

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...