Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Inflasi Malaysia kekal pada paras dua peratus setakat Julai
Perniagaan

Inflasi Malaysia kekal pada paras dua peratus setakat Julai

Inflasi Malaysia kekal pada paras dua peratus setakat Julai

Kadar inflasi Malaysia kekal pada paras dua peratus setakat Julai lalu / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi Malaysia kekal pada paras dua peratus setakat Julai lalu.

Bagaimanapun, mata indeks bagi bulan tersebut meningkat kepada 133.1 mata berbanding 130.5 mata berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan ia didorong peningkatan kumpulan utama antaranya restoran dan perkhidmatan penginapan, penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan

\”Manakala, kumpulan Makanan dan Minuman merekodkan peningkatan lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya,\” menurut DOSM menerusi kenyataan.

Inflasi teras turut mencatat sedikit peningkatan, namun kekal pada 1.9 peratus, kadar sama direkodkan bagi Jun 2024.

Kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional pada dua peratus.

Bagaimanapun, empat negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang; Sarawak; Pahang dan Selangor.

Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia lebih rendah berbanding Vietnam, Filipina, Korea Selatan dan Indonesia namun, lebih tinggi berbanding Thailand dan China.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...