Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos
Perniagaan

Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 22 September – Inflasi Malaysia kekal pada kadar 2.0 peratus pada Ogos bersamaan dengan kadar pertumbuhan yang dicatatkan pada Julai 2023.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata ia didorong peningkatan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel, makanan dan minuman bukan alkohol, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah.

(Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin / FOTO FAIL)

\”Ini diikuti oleh kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan dan kesihatan masing-masing meningkat sebanyak 2.4 peratus,\” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna telah merekodkan peningkatan sederhana iaitu 4.1 peratus.

Komponen Makanan di rumah pula merekodkan peningkatan marginal 2.9 peratus berbanding 3.0 peratus yang direkodkan bulan sebelumnya.

Manakala bagi inflasi diperingkat negeri, sembilan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 2.0 peratus.

Inflasi keseluruhan secara bulanan pada Ogos 2023 meningkat marginal kepada 0.2 peratus berbanding 0.1 peratus pada Julai 2023, yang disumbangkan antaranya oleh perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...