Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Industri semikonduktor, 60 peratus optimis terhadap prestasi perniagaan
Perniagaan

Industri semikonduktor, 60 peratus optimis terhadap prestasi perniagaan

Industri semikonduktor, 60 peratus optimis terhadap prestasi perniagaan

Sebanyak 60 peratus syarikat berkaitan semikonduktor di Malaysia optimis terhadap prestasi perniagaan bagi suku ketiga tahun ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Sebanyak 60 peratus syarikat berkaitan semikonduktor di Malaysia optimis terhadap prestasi perniagaan bagi suku ketiga tahun ini.

Keyakinan itu didorong oleh permintaan untuk barangan elektronik pengguna, automotif dan kecerdasan buatan (AI).

Berdasarkan Hasil Tinjauan Suku Kedua, Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), 58 peratus daripada syarikat dikaji, mempunyai prospek pelaburan positif untuk suku ketiga.

85 peratus daripada syarikat terlibat, giat menggaji jurutera dan juruteknik, untuk suku ketiga.

Sementara itu, 39 peratus syarikat melaporkan prestasi perniagaan lebih baik pada suku kedua, sekali gus, menunjukkan sentimen industri yang positif.

Bagaimanapun, kekurangan bakat dan persaingan pasaran disenaraikan sebagai cabaran utama.

Secara keseluruhan, 72 peratus daripadanya optimistik terhadap sentimen perniagaan untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Menurut MSIA, sektor semikonduktor negara dengan tenaga kerja lebih 600,000 orang, mencatatkan eksport berjumlah RM575 bilion.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...