Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Industri pengurusan kekayaan Islam perlu sedia terima inovasi, patuhi piawaian Islam
Perniagaan

Industri pengurusan kekayaan Islam perlu sedia terima inovasi, patuhi piawaian Islam

Industri pengurusan kekayaan Islam perlu sedia terima inovasi, patuhi piawaian Islam

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Awang Adek Hussin

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Industri pengurusan kekayaan Islam perlu bersedia untuk berkembang seiring keperluan pasaran dan trend baru muncul.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata untuk terus kekal berdaya saing dan relevan, industri seharusnya menerima inovasi dan mematuhi piawaian berpandukan nilai Islam.

\”Pengamal pengurusan kekayaan Islam boleh memanfaatkan kuasa teknologi untuk mengoptimumkan perkhidmatan mereka, dengan menerima penyelesaian digital, mereka boleh terus, menjadi peneraju dan menawarkan nilai lebih tinggi kepada pelanggan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) ke-11 mengenai pengurusan kekayaan dan perancangan kewangan syariah, di sini pada Khamis.

Tambah Awang Adek, aplikasi mudah alih dan portal dalam talian yang dibangunkan oleh firma-firma teknologi kewangan boleh menyediakan pelanggan akses yang komprehensif kepada portfolio pelaburan sebenar, tinjauan pasaran dalam masa nyata dan nasihat kewangan yang diperibadikan.

Beliau turut memaklumkan, SC telah menerajui usaha untuk mengukuhkan rangka kerja kawal selia dan memudahkan inovasi bagi menggalakkan pertumbuhan pengurusan kekayaan Islam di Malaysia.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...