Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Industri minyak sawit kekal positif tahun ini – Johari
Perniagaan

Industri minyak sawit kekal positif tahun ini – Johari

Industri minyak sawit kekal positif tahun ini – Johari

Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyampaikan ucaptama pada Persidangan dan Pameran Prospek Harga Minyak Sawit dan Laurik (POC2024) kali ke-35 pada Selasa/Foto FB UKK KPK

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Industri minyak sawit dijangka kekal positif tahun ini didorong permintaan yang kukuh daripada destinasi eksport utama seperti India, China dan Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia disokong dengan minat terhadap tambahan stok bagi memastikan keselamatan makanan dan daya maju keseluruhan aktiviti perniagaan.

\”Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) jangka pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) lebih tinggi sebanyak 18.75 juta pada 2024 daripada 18.55 juta tan pada 2023.

\”Peningkatan 1 peratus ini didorong tenaga buruh yang bertambah baik dan bilangan pokok kelapa sawit yang semakin matang,\” katanya pada Persidangan dan Pameran Tinjauan Harga Minyak Sawit dan Laurik (POC2024) Ke-35, di sini pada Selasa.

Menurutnya, industri dan pekebun kecil perlu fokus menghasilkan kualiti yang tinggi untuk menghasilkan Buah Tandan Segar (BTS) dan minyak sawit mentah (MSM) secara mampan.

Mengenai isu kekurangan buruh yang menjadi permasalahan utama di sektor peladangan, beliau sudah berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengatasi perkara itu.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...