Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Industri kayu Malaysia dijangka pulih tahun ini
Perniagaan

Industri kayu Malaysia dijangka pulih tahun ini

Industri kayu Malaysia dijangka pulih tahun ini

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Industri kayu dan industri produk berasaskan kayu Malaysia dijangka pulih tahun ini berikutan unjuran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerajaan akan memastikan eksport perabot kayu yang keluar daripada negara menepati piawaian global.

\”Ini terutamanya dari segi penggunaan kayu-kayu, kita akan pastikan pensijilan yang betul, kita tidak terlibat dengan penebangan hutan dan juga hal-hal yang berkaitan dan 50 peratus daripada produk perabot ini kita eksport ke AS,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2024, di sini.

Sejak dua tahun lalu, prestasi industri tersebut menyusut dan kerajaan terus komited untuk meningkatkan pertumbuhannya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...