Home Perniagaan i-Tekad: Penglibatan pihak berkepentingan perlu agar lebih tersusun, efisien
Perniagaan

i-Tekad: Penglibatan pihak berkepentingan perlu agar lebih tersusun, efisien

i-Tekad: Penglibatan pihak berkepentingan perlu agar lebih tersusun, efisien

Pengarah Rangkuman Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Rafidz Nazri

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Penglibatan pelbagai pihak berkepentingan penting dalam meluaskan lagi pelaksanaan i-Tekad agar lebih tersusun dan efisien.

Pengarah Rangkuman Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Rafidz Nazri berkata ia juga bagi menggalakkan kewangan sosial yang lebih inklusif dan memberi impak lebih positif pada masa hadapan.

\”Kami di Bank Negara sentiasa mencari peluang untuk terus mengembangkan kewangan sosial termasuk inisiatif i-Tekad.

\”Antaranya menganjurkan sesi libat urus yang berterusan bagi merealisasikan kerjasama pelbagai agensi dari segi meningkatkan dana kewangan sosial dan juga memperluaskan akses pasaran produk kepada para peserta kita dan kita juga sekarang sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam menerokai aspek perlindungan takaful dan insurans bagi memenuhi keperluan perlindungan para peserta,\” katanya.

Tambah Nor Rafidz, menerusi usaha tersebut, pihaknya berharap dapat membantu peserta membina tabiat pengurusan kewangan lebih baik.

Selain menjadi pengguna produk kewangan berhemah dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...