Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan I-Asset Trust sasar nilai pelaburan hingga RM100 juta
Perniagaan

I-Asset Trust sasar nilai pelaburan hingga RM100 juta

I-Asset Trust sasar nilai pelaburan hingga RM100 juta

Pengasas dan Pengarah MPV Capitals Ltd, David Hew Chee Seng

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Program I-Asset Trust menyasarkan mencapai hingga RM100 juta nilai pelaburan menjelang hujung tahun ini.

Menurut Pengasas dan Pengarah MPV Capitals Ltd, David Hew Chee Seng, sasaran itu didorong keyakinan tinggi pelabur terhadap kerjasama empat entiti.

Empat entiti tersebut termasuk MPV Capitals Ltd, Eramas Trustee Berhad, IDC Capital Sdn Bhd dan Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA).

\”Satu program yang bagus, berlesen dan lagi penting ialah dengan pasukan-pasukan saya, pasukan jualan saya. Ia akan melakukan lebih kesedaran. Bagaimana boleh miliki rumah dengan lebih mudah, cepat dan selamat,\” kata David Hew.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPV Capitals, Eramas Trustee Berhad, DC Capital Sdn Bhd dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Untuk Program Amanah I-Asset, di Ibu Negara.

Pihaknya akan menumpukan kepada pengekalan modal dalam jangka panjang dan mensasarkan pulangan munasabah kepada pelabur.

Tambahnya MoU itu melambangkan permulaan baharu dalam landskap kewangan Malaysia iaitu kerjasama antara institusi utama akan memacu inovasi dan kepercayaan dalam pasaran.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...