Home Perniagaan Hubungan ekonomi kukuh dengan China beri kelebihan kepada Malaysia
Perniagaan

Hubungan ekonomi kukuh dengan China beri kelebihan kepada Malaysia

Hubungan ekonomi kukuh dengan China beri kelebihan kepada Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Capital Dynamics, Tan Teng Boo

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Hubungan ekonomi kukuh dengan China berupaya menampan risiko dan memberi kelebihan kepada Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital Dynamics, Tan Teng Boo yakin, Malaysia berada di kedudukan baik untuk meraih manfaat dan mencatat pertumbuhan, sekiranya Amerika Syarikat berdepan kemelesetan.

Jelasnya, eksport semikonduktor tempatan juga tidak akan terjejas, malah membuka peluang untuk beralih dan menumpukan kepada pasaran negara tembok besar itu.

\”Syarikat ini bernama ASE, syarikat semikonduktor. Ia sama dengan Unisem dan MPI. Mereka sudah lama berkembang di Pulau Pinang. Jadi kita ada sumber lain,\”katanya.

Beliau berkata demikian selepas taklimat media Capital Dynamic berkenaan situasi semasa ekonomi.

Ketika ini, 70 peratus daripada eksport negara tertumpu di pasaran Asia.

Manakala, baki 14 peratus meliputi pasaran Amerika dan 9.4 peratus ke Eropah.

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...