Wednesday , 25 December 2024
Home Perniagaan Hasil eksport Malaysia didorong penembusan pasaran baharu – Reezal Merican
Perniagaan

Hasil eksport Malaysia didorong penembusan pasaran baharu – Reezal Merican

Hasil eksport Malaysia didorong penembusan pasaran baharu – Reezal Merican

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 November – Syarikat peringkat pertengahan dijangka terus mencatat hasil eksport positif tahun depan.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), DatukSeri Reezal Merican Naina Merican berkata ia akan didorong penembusan pasaran baharu selainpeluang daripada perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian dua hala yang disertai Malaysia.

\”55 pasaran baharu, pada 2022 termasuk Australia Greece, Chile dan Mauritius. Ini banyak juga dibantu perjanjian perdagangan, perjanjian pelbagai hala apa yang kita panggil perjanjian perdagangan bebas (FTA), Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang kita sudah ratifikasi dan ini membuka ruang utk penerokaan pasaran-pasaran baharu secara lebih meluas,\” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas berucap pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Peringkat Pertengahan 2023.

Kata Reezal, pada 2022 hampir RM34 bilion pendapatan tahunan terkumpul direkodkan menerusi program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan.

Katanya, 61 peratus daripada hasil tersebut, dijana melalui eksport dengan pertumbuhan hampir 18 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...